Sunday, July 26, 2009

Operasi sakit otak!

Assalamualaikum salamuafakat rakan dikasihi..

Sudah la jatuh ditimpa tangga, keluar mulut buaya, masok mulut harimau.. Dikala sistem masih terok datang pula sakit otak.. Disebabkan itu dan ini saya hibernasi seketika.. terimakasihsayang untuk anda kerana membaca apa yang ada disini.. Secara nyatanya, saya telah ditukarkan tempat kerja sekarang.. jadinya sekarang di cawangan putrajaya.. so saya gembira seadaanya keadaan sekarang.. tempat kerja tidak jauh..sebatang rokok sudah mencukupi untuk saya sampai ke tempat kerja.." lu pikir la pakai kaki".. kini, sebulan berlalu.. terasa hati kenangan manis di hq masih ada.. ramai kawan saya di sana.. mereka juga rasa apa yang saya rasa.. bila berjumpa riuh satu kampung.. semua baik-baik saja..

Jadi sekarang cerita sudah lain.. masuk memo baru.. satu pejabat saya mahu kerjakan.. 2 minggu kebelakang.. parah benar keadaan saya.. dipaksa secara tidak berapa ikhlas, kena basuh satu pejabat bersamaan tiga tingkat.. saya ringan tulang secara tidak ikhlas membuat kerja.. tidak mengapa saya tak ambil hati.. apa yang saya mahu.. kami semua duduk dibawah daun lalang dengan senang hati.. buat masa sekarang, biarlah, keadaan saya nampak terok.. apa yang tinggal dalam hidup.. hanya kejar tarikh luput duti kerja.. dalam keadaan sekarang juga, saya telah siapkan sebahagian kira-kira inventori barang-barang yang ada.. hanya tinggal merekacipta tugasan video yang hendak dipra tontokan untuk perhimpunan bulanan.. segala berjalan dengan lancar.. cuma ada sikit perbalahan antara pegawai atasan.. saya pedulik apa? mereka perlu lebih matang.. mereka perlu lebih ada adapsopan.. saya hanya perlukan input dan bahan yang diperlukan..

Nah! satu lagi info untuk anda semua.. apa yang saya rancangkan untuk ke broga hill terpaksa dukacita saya menyatakan tidak menjadi..ini juga disebabkan masih lagi mencari bahan-bahan yang perlu lagi diambil tahu tentang broga hill.. tapi akan ditunda tarikhnya sehingga bajek mencukupi.. mohon maaf dari saya seorang diri.. tepok tangan anda, jika tidak berbunyi cuba salahkan diri sendiri.. saya masih seorang manusia.. dengan itu, ini saja maklumat peribadi rancang otak yang saya masih mahu dikongsikan.. moga anda semua dilindungi ALLAH S.W.T dari masa ke masa.. moga jumpa lagi di post yang baru.. adios!

Monday, July 13, 2009

bukit broga??




saya terasa mahu kesana..ada sesiapa yang mahu ikot?

Wednesday, July 08, 2009

pekeliling


















pekeliling..

sebuah tempat tinggalan warga flat..tak salah ako dekat situ ada ITTAR dan masa tu keadaannya ok..tapi sekarang ceritanya pantas berubah.. ako sebarkan sedikit gambarajah disini dan akan diupload kemudian..untuk santapan video sila layari
http://lensaperusak.blogspot.com/