Saturday, March 28, 2009

"ini hari saya.."


baru balik dari seremban dan ianya kelihatan sama,
tetapi! ada kerja semalam.
ia dapat mengubah pemikiran budak kecil,
mahu sedikit bimbingan?
mengambil masa selama 22 tahun untuk menghasilkannya..
dan saya akan membongkarkannya sekarang untuk anda..
cuba belajar dari kesilapan saya! dan cuba belajar dari kesilapan saya!

mari menari untuk ramli sarip,
dan mari meraikan kroninya..
semua akan jadi tidak betul..
tetapi kita semua gembira..
mari menari untuk ramli sarip,
dan bangkitkan semua rasa..
kerana ianya semua tidak akan betul..
tetapi! kita semua gembira!!
nah! semua gembira!

jadi! jika anda tidak lagi jatuh sejak dari itu,
keluarkan duit dan ambil teksi..
terus ke pekan kegelapan..
disitu ada sesiapa, yang ada menunggu nya.
dan memimpin sehingga ke tingkat bawah..
anda tahu apa jawapannya..






Wednesday, March 25, 2009

kerja


saya sedang sibok bekerja..tergendala sebentar sahaja..

Saturday, March 21, 2009

tepat pada masanya!

nah! saya dalam keadaan tuttt.. hanya mereka meraka sahaja yang tahu.. "ako ada apa yang anda mahu" jadi! saya dapat kawal keadaannya.. maap rahsia "bilik mayat".. mahu tahu? haha noktah terakhir.

ahad..terasa mahu bersosial..disekitar putrajaya atau upm..saya akan fikirkan

Sunday, March 15, 2009

ambil angin sebentar..

fuhh!! lega kepala otak sebentar.. ambil seberapa banyak angin.. sedoottt dengan jaya nyaa.. nah! banyak sungguh kerja perlu dibereskan.. cuti tiga hari tidak mendatang impak percutian sebenar.. badan masih lagi lesu mahu demam kura-kura.. bukan saya seorang sahaja.. mereka! mereka! dan mereka juga demam kura-kura.. HAHA bukan sukahati saya untuk bercuti.. tapi ini adalah percaturan hidup saya yang sebenar.. saya mengambil masa itu untuk pergi temuduga kerja di kuala lumpur.. semoga saya dapat pekerjaan itu.. jadi! lupakan benda yang sudah lepas..
sekarang! sibok mengnokok tambah gambar untuk dicuci.. masih banyak lagi untuk dihabiskan.. kerja-kerja lain juga berjalan dengan serentak.. mana pegi budak-budak matrik? sunyi sepi lab ini.. tapi tak mengapa.. saya sukakannya.. haha saya mahu ambil angin sebentar..
berbalik pula kepada plan rumah kosong.. hehe jadinya, untuk pengetahuan semua rakan.. saya masih dalam perancang lagi dol.. masih mencari batalion-batalion untuk turut serta.. dan lokasi yang mendapat perhatian saya mungkin di sekitar seremban (ada satu tempat rare) bermodalkan gudang tinggalan Keretapi Tanah Melayu.. nah! tempat ini memang best, akan tetapi banyak nyamuk..hihi ;D dan lain-lain lokasi, mungkin disekitar upm.. oleh itu lokasinya masih dalam pemerhatian lagii ya.. dan tarikh nya saya tidak dapat pastikan lagi disebabkan sekarang sedang sibok dengan kerja.. diatas segala kemungkinan akan saya postkan disini.. adios

Wednesday, March 11, 2009

majlis pertunangan

shuk dan lin


shuk dan lin


shuk dan lin


opie(RUN) publisiti murah diblog saya..qeqe



sahabathandai yang hadir


majlis pertunang shuk dan lin di sendayan pada 8..3.2009 tempoh hari.. gambar² dalam editing, maka ini sahaja yang dapat saya postkan disini.. oleh yang demikian ini bukan editing dari photoshop.. saja mahu tuka selera kepada software lightroom.. dan saya sukakanya.. ini pon diusulkan oleh opie(RUN) terimakasih myte follow wa amek gambar.. jadi tiada salah saya mencuba..
p/s: ako nak cari model, sapa mahu? shoot di rumah kosong..haha ada branie?

Saturday, March 07, 2009

kereta sakai!

jalann.. jangan pandang belakang.. pagi-pagi bontot pasti berlabuh.. sebelum itu.. kasi panas itu mekanikal enjin supaya kau jalan dengan lancar.. saya bosann.. jarak perjalanan semakin membesar.. gile penat.. balik rumah sepak sebarang dua pasti lentok teros.. ahhhh bila mahu buka itu punya jalan.. saya bukan superman yang boleh terbang kemana saja.. dan juga selamat kesyukuran saya bukan sejenis enjin atau robotik..tidak mengapa.. jika jalan lurus cantik pemandangan.. saya lagi suka jika dibandingkan sesat jalan.. oooo banyak sungguh lori-lori hantu dijalan ini.. makan jalan sudah jadi pekara wajib.. siapa peduli? depan ada polis baru mahu tarik tali keselamatan.. lagi membuatkan jarak masa ketempat kerja bertambah.. diluar kuasa kerajaan ku..
2 hari tidak mengapa.. tapi kini sudah berhari-hari.. mr j.k.r cepat la buat kerja.. ramai hati yang perlu saya jaga.. saya sudah ada perasaan malas ke tempat kerja.. masalah! masalah! dan masalah!.. hehe emo dalam suka secara tiba-tiba.. sekejap lagi abang atan(tandas awam) mahu berjumpa.. saya sudah tidak tahan mahu merokok.. otak perlu idea.. nahh!! pedulikan moto "katakan tidak!" mereka tidak merasainya lagi.. senyap-senyap sudah! tidak perlu tampal banner keliling pinggang.. kembali dari lari dari tajuk saya hanya menunggu masa untuk satu benda yang mengasikkan.. apa dia? qeqe.. ini adalah rahsia kerajaan ku "kereta sakai".. pedulikan berapa jauh kau berjalan.. kita akan sama-sama penat..kau memang baik hati.. terima kasih pasal bunga itu.. owhh kuala pilah dan rembau..
nah! sekarang cerah ditukar gelap kelabu.. tanda hujan mahu turun.. kesiankan kau.. dok situ diam-diam.. nanti malam kita bersama..ya! jalan terakhir diantara 3 jalan pilihan.. layannnn.. bekalan ada di tangan..gusar? risau? mahu apa?.. kesian kau! 24jam beroperasi penuh sistem.. besok kita ke sendayan.. kita tuka selera angin oksigen yang makin tercemar.. bangsat si lori-lori yang berminyak.. satu badan perosak alam..moga kau akan saya mandikan..

Tuesday, March 03, 2009

boleh saya ambil masa sedikit?

sungguh indah ciptaan tuhan, langit membiru awan berarak.. tapi awass!! hanya sementara waktu sahaja.. selepas itu malapetaka menjelma.. ada dengar di radio? tentang tanah runtuh di pukit putus, kuala pilah, united state of nine (haha) .. selepas itu tragidi tanah runtuh di bukit miku.. anda pernah mendengarnya?? nahh! katakan sahaja ya.. satu tempat tapi berlainan kawasan.. jalan itu sungguh curam.. pendek cerita pergi kerja saya melaluinya.. sungguh terperanjat! ini kejadian luar biasa.. masyallah.. saya insaf sebentar diatas jalan.. lereng bukit terhakis hanya tinggal jalan tar sahaja yang tergantung.. huaawww seram wa cakap lu.. semacam kene ambil pil extecy..

balik melalui jalan bukit miku.. hanya jam sahaja dari rumah.. tetapi tanah runtuh juga.. aaaaa? hanya lagi suku perjalanan untuk sampai ke rumah.. saya patah balik ikut jalan terakhir.. nahh satu jam setengah perjalanan.. (mencarot cara baik) tidak mengapa.. ada udang disebalik batu.. mungkin besok cuaca kembali normal.. dan saya tidak buat apa di opis.. intenet jatuh gilaa.. ye dik! abg memang nak printkan keje adik!.. sampai begitu sekali.. dan disebabkan itu saya tidak online.. "hilang selagi termampu"

hari iniii saya online dirumah sahaja secara terpaksa dalam ketagihan..