Sunday, November 30, 2008

lens dan demb flash

demb flash


lens nikkor 50mm 1:1.8D


lens dan demb flash
ini lah lens tebaru yang saya beli tapi tidak baru second hand..dijual oleh seorang sahabat (pantim) jadi disebabkan murah gilee khinzir punye pokemon saya pon amek la..dia bukak harga sebanyak RM380 untuk lens dan demb flash..kire murah la tu beb! nak murah lagi? buat le sendiri..haha jadi, saya belum lagi mencubanya..cuma amek test gitu gitu saja..dan akan saya uploadkan gambar yang sebenarnya..selepas ini saya mahu membeli wide angle pulaa..sesiapa ada!mahu!tahu untuk menjual lens wide angle dekat saya..tolong la info saya..saya amat memerlukan..

Friday, November 28, 2008

lawak indie

kiri = tini@ninie kanan = faqihah@kak keyah

mengikut cerita dari sumber yang dipercayai (abang ipar saya)..
dua kanak kanak wanita diatas adalah anak buah saya..seorang bernama tini dan seorang lagi anak buah kesayangan saya bernama faqihah..nak dimulakan cerita mereka sudah bersekolah di tadik berdekatan rumah..jadi,rutin harian pada pagi mereka menaiki bas(van) sekolah untuk ke sekolah dan balik ayah mereka menjemputnya pulang..dan pada hari berkenaan sesudah tamat waktu persekolahan mereka pun pulang ke rumah menaiki bas(van)sekolah..pelik!pelikan? kerana sepatut ayah nya yang menjemput..dan pada hari itu, mungkin kawan kawannya ajak sekali menaiki bas(van) tersebut..dek kerana leke dengan kawan kawan mungkin mereka slumber yaya balik bersama..sesudah itu ayahnya pon pergi ke tadika berkenaan untuk menjemput mereka pulang..apabila tecari cari..mereka tiada ditadika..puas mencari..dan ayahnya terus pulang kerumah..dan sampainya dirumah..ayahnya pelik kenapa pintu tak berkunci pada masa itu..selalunya dikunci..mungkin kaklong saya terlupa..dan terus masuk kedalam rumah..
alangkah terkejutnya mereka berdua ada dirumah..haha lalu mereka menceritakan hal sebenar..mereka telah masok melalui celah grill..grill tu memang besar utk dimasuk oleh kanak kanak..saya ketawaaa..selamat muat..dan selamat juga pintu rumah pada masa itu tak berkunci..hanya grill saja berkunci..dan bagaimana mereka sampai kerumah..si faqihah tahu jalan pulang..amin..dan dek kerana kelaparan dirumah mereka telah makan gula pasir untuk terus idup..wakakakakakk wakakakakak..saya bantai gelak guling gulingg..itu belum lagi dengar dorang yang cerita..pasti saya muntah geli hati mendengarnya..oleh yang demikian..kanak kanak memang pandai sejak azali..cuma kita perlu mengasahnye saja..

Wednesday, November 26, 2008

lawan arus

lawan arus itu ini,
mari berfikir luar jangkaan..
kita hanyut kali ke 8!
selagi bernyawa.
anak anak akan bersuara.
lawan arus propagenda,
sana sini,tembak dan bom.
yahudi senangtiasa hati gembira..
tanah pakistan makin terhakis.
kita semua tidak muafakat.
lawan arus global,
lumba potong sana sini,
tebang sana sini,
orang kaya gelak besar,
orang asli jual tanah.
lawan arus tulisan,
cerita tentang artis,
minda cetek jual publisiti,
orang ramai ikut buta tuli.
lawan arus lagi,
berkarya ikut napsu.
ikot pasaran antarabangsa.
bahasa sendiri tunggang langgang.
lawan arus kuasa orang ramai,
satu dua tiga kene ikot rasa,
minyak mentah jatuh lagi.
harga barang stabil diawan.
lawan arus medan perdana,
kita nampak kita senyap..
kita rasa kita tuli.
sudah berubah baru tahu.
lawan arus saya suka,
hati batu saya tidak menipu.
mereka sudah datang,
saya tak gentar..
p/s:saya hanya berlawak

Monday, November 24, 2008

manjalara

manjalara
sedih pilu,hanyut dan sakit.
indah durjana,saki baki.
otak tepu, malam semalam.
kiri,kanan,depan dan belakang.

hiburkan saya si manjalara!
hiburkan saya dewa durjana!

mari kutip kenangan hilang,
mungkin semalam lebih cerah.
tidak mengapa,
terus bergini,
kelak nnt,
hidup bererti,

hiburkan saya si manjalara!
hiburkan saya dewa durjana!
p/s: kadang kadang saya suka bersendirian dan kadang kadang saya suka dihiburkan

lelaki lembut

lelaki lembut
sungguh peramah
gaya lenggok
kalahkan wanita

lelaki lembut
ayu sahaja
tutur bahasa
kalahkan wanita

leka siapa sangka?
hidup perlu berilmu
hati siapa sangka?
matii..

lelaki lembut
sungguh peramah
gaya dan lenggok
kalahkan wanita

lelaki lembut
ayu sahaja
tutur bahasa
kalahkan wanita
p/s: ponda buat saya geli

Saturday, November 22, 2008

bahasa melambangkan adat

1. eden , den esei = saya
2. ekau , enko = kau
3. korang = kamu semua
4. dio = dia
5. sodap = sedap
6. menggolotar = menggeletar
7. menggelintin = lari lintang pukang
8. omak = emak
9. kona = kenal
10. lombu = lembu
11. oghang = orang
12. gilo = gila
13. osah = usah
14. toghok = teruk
15. kono = kene
16. jang , bai = anak lelaki , lelaki
17. daro = perempuan
18. kuar = keluar
19. poning = pening
20. miang = gatal
21. tolo = telur
22. bobal = bebal
23. poie = pergi
24. pasa = pasar
25. kito = kita
26. sorang = serang atau seorang (mengikut ayat)
27. nogori = negeri
28. sobolom = sebelum
29. solopeh = selepas
30. solosai = selesai
P/s: ada lagi banyak!..kalo anda semua mahu saya buat ayat..mari kasi satu ayat untuk saya tukarkan dalam bahasa negeri.

Tuesday, November 18, 2008

the let's pogo
ini gambarajah zaman kesultanan kehancuran saya..haha tahun 1999 maaa...

rembau

keGILAan Radio


Rembau
saya memandu dijalan raya sambil mencari kunci rumah yang telah hilang,
saya berjalan sambil mengakui kebodohan sendiri,
ianya betul selepas menyelidik maung,minyak dan tulang.
berhenti seketika di supermarket dan mereka kata saya macam anjing.
saya mahu ke rembau,
saya mesti berada dirembau.
sekarang saya tahu hidup ini berharga,
saya menjumpai kunci tetapi mencari pintu untuk dibuka,
seseorang yang pelik telah menuntut menjadi bapa kerana merogol anaknya,
saya mencari isteriku dan menelefon polis,
hari ini masih belum selesai.
perkabaran terakhir saya mendengar orang itu membunuh diri dengan senapang gajah.
p/s:kisah mimpi

Sunday, November 16, 2008

muzik saya!

setiap manusia ada muzik band atau penyanyi yang mereka gemari..nah! disini saya listkan muzik yang tidak akan atau akan saya dengar dari mula saya tahu apa itu muzik..

-nirvana (semua album)
-pearl jam (semua album)
-sebadoh
-joy divison
-butterfingers (semua album)
-chaos u.k
-ramones (semua album)
-modest mouse (semua album)
-radiohead (semua album)
-bloc party (semua album)
-mudhoney
-the libertines
-j mascis

sumpahan orang minyak!

orang minyak

sinopsis = asalnya sibongkok lakonan p.ramlee adalah seorang artis lukisan yang telah dipulaukan oleh penduduk kampung tualang tiga sehingga membuatkan penghulu bunian tampil menyelamatkan dia..oleh itu dia diberi beberapa pilihan yang akhirnya dia telah meminta untuk menjadi cantik..dan dalam perjanjiannya dia tidak boleh bongkak dan membunuh manusia lain..oleh itu pilihan lain dia tidak boleh memiliki sehingga dia kembali ke kampung tualang tiga..selepas kembali nya ke kampung tualang tiga..dia hendak membawa lari anak gadis bekas ketua kampung..dan dari situ telah berlakunya pergaduhan dan akhirnya dia telah membunuh seorang pemuda kampung..akibatnya, penghulu bunia kembali untuk mengambil balik kecantikan si bongkok..dan akibat dari pembunuhan itu..si bongkok tidak lagi dapat menunjukan wajah nya cantik..maka datang pula syaitan menghasut si bongkok..syaitan telah menjanjikan kuasa yang kekal abadi..dan dari situ dia telah menjadi orang minyak..akhir cerita si bongkok telah mati dibunuh oleh penghulu bunian..

p/s: sejak kebelakangan ini saya asik menonton cerita dari pelakun p.ramlee..bukan ape..dah tade cite yang menarik..dan apa saya dapat dari cerita orang minyak ini..skripnya sungguh indah penuh dengan pro dan contra setiap ayat..kiasan yang mendalam..dan buat ako rasa..ini la filem yang sangat ako suka bila ako menonton nya..bukan kerana jalan cerita orang minyak..tetapi skrip nya yang sangat baguss..kalau korang tak caye..pegi la tengok..perghhhh.. mendalam maksudnya..

KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1973-1983.. MESTI KORANG INGAT NI

keGILAan Radio
Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban. - mana kesatria baja hitam?
Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan .. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...
ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.
ni sure korang ingat...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...
cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan... kan ?
semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin. - aku pi sekolah sehari bwk 50 sen dpt mee goreng 20sen air 10sen. bleh simpan lagi 20sen..
time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM2000, BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...
internet? email? Menda alah ape tu?
CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 3 inggit je.
kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.
tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...
lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.
lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...
permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2duduk... - galah panjang? bola debik/chop?
kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!
lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.
hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...
bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam .
AIDS wujud sejak diorg lahir.
CD pun wujud time diorg lahir.
Michael Jackson dah putih dah time tu.
Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.
Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.
Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.
Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.
dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...
hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:
1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

Friday, November 14, 2008

halwa telinga

sekarang ini saya mendengar band..

1.architecture in helsinki
2.radiohead (sentiasa)
3.tom yorke (erase)
4.johnny(greenwood)
5.pearl jam
6.sebadoh
7.butterfingers(kembali)
8.bloc party
9.nirvana(haha..tak mati diluput zaman)
10.playradioplay

edisi mencari pekerja

keGILAan Radio
oleh itu! usul kali ini saya ingin mencari pekerja yang mahir dalam komputer atau suam suam saja..ini disebabkan tahun depan saya diberi tugas untuk memikul lab ini..kira naik pangkat..akan tetapi dalam peringkat perbincangan lagi..so diharap sesape yang berminat sila tampil kedepan..untuk pengetahuan ramai..lab ini berada didalam matrikulasi kuala pilah..agak corok..haha..korang kene tinggal disini la..carik umah sewe..hehe
dan untuk info selanjutnya nanti saya akan keluarkan dikemudian hari! dead__

penembak malaysia

penembak malaysia
sepatutnya 30ekor tembak rusa jantan,
12 terlepas yang lain kena,
penembak malaysia.
oleh itu,
jatuhkan lagi 2 juta tan,
bom memberi kesan keatas ho chi minh,
hilangnya hutan,
kita semua tahu,
peperangan di malaysia kita semua tahu,
malaysia tanah tumpah darah ku,
mereka hamba kuasa ramai,
johor,sabah,k.lumpur semua kemari.
nah!saya tidak akan dengar sebab saya pernah ditipu,
saya ada ramai musuh dan masih lagi memandang rendah.
misi yang hebat meletakan saya disebelah kamu,
didalam kawasan mu,
ianya hidup didalam diri mu.
manusia bijak pandai pernah memberitahu,
manusia memang pelik,
dan saya pelik didalam tanah tumpah ku sendiri,
hari-hari pelik,
dan saya suka didalam kumpulan,
duduk didalam barisan 38 ke 40.

Wednesday, November 12, 2008

bunyi cinta.

bunyi cinta.

boleh kau percaya bila saya bertanya!
"kau adalah permaisuri dihatiku"
jangan terpedaya bila saya sakitkan lagi hati mu,
itu bukan yang saya maksudkan.

boleh kau rasa bunyi cinta dari saya?
saya nampak kritikal.
p/s: khas buat imi

ipoh yang rare






















keGILAan Radio
lagi lagi gambar sila masuk ke fotopage saya..dead__

cerita di IPOH

arep , jey dan sha


arep dan kak lina


arep dan ninie


arep , ninie , sha , kecik dan jay



jey, sha dan kecik







pada 8 dan 9 haribulan sebelas belepasnya saya dan rakan² ke ipoh.motif utaman adalah untuk mengambil gambar.dan ini adalah sebahagian hasil mereka² yang pergi ke ipoh.nnt ako post entry untuk gambar yang berart sket(den tak pawa)..haha..so terimakasih kat arep dan ninie sudi membawa kami pergi ke merata tempat sekitar ipoh..ipoh sungguh rare..dan saya agak tekelu sedikit disebabkan tidak membawa fisheye2 kerana ada yang meminjam apatah lagi supersampler yang telah rosak....oleh itu saya pon agak malas nak ulas lebih lanjut..lain lain gambar saya telah upload di fotopage..pergi lihat disana..












Monday, November 10, 2008

lenyek dan tembak!

lenyek dan tembak

pukul saya!pukul saya!
pukul saya!ohh..
saya ada racun!saya ada racun sekarang!
saya berdiri didalam dewan,
untuk kesenangan hidup mu.

dentuman pukulan yang kuat,
manusia tak cukup untuk membayarnya.
?????

apa sahaja yang buat kamu sedar,
apa sahaja yang buat kamu mati,
ketua polis mengganti menteri,
???
kamu menari untuk buku merahku.

saya ada racun!
racun! dan saya mahu lagi!
jemput kamu menaiki kereta baja.
mereka akan melempar batu kearah kita,
merenung kearah cahaya.

pramid ada kuasa,
jika kamu berada diatas.
????
jika kamu merenung kearah kegelapan,
kegelapan akan merenung kamu kembali,
kedalam hati kamu.

saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kamu.
terima kasih! terima kasih kamu semua!
mendapat kegembiran bersama anda.
masa yang gembira,
masih cukup gembira?

saya akan bawa kamu!
bawa kamu!jika saya jatuh!
saya akan bawa kamu!
berdiri bersama didalam dewan,
lalu menyepak dinding bersama-sama.