Wednesday, December 31, 2008

sony ox 300 untuk dijual







sony ox300 untuk dijual
rm2200 + lens + beg + charge + dan lain lain.





Thursday, December 18, 2008

bahasa kurang ajar buat joee

feedback dari review rantai 2008

pertama sekali! mulakan lah dengan assalamualaikum jika baru atau hendak komen..saya tidak kenal anda..dan anda tidak kenal saya..darah anda masih muda untuk membuat komen..jika tidak mahu mencetuskan pergaduhan kenapa tidak memberi salam?

nah!
saya deny pasal ini kawasan saya..maka ini keputusan saya..mana link anda?sila letak ok!saya dapat rasa anda yang penakot yang sebenarnya..saya tidak berkenan jika org luar komen ditempat ini..persetankan komen yang anda beri..apa masalah anda? kenal cherry? itu sudah bagus? kirimsalam sama dia..dan bila masa saya memburukan cherry? mana buktinya?? tulah lain kali baca ikut mata jangan bace ikut lutut..BODOH!SOMBONG! saya bercakap mengenai pihak orgenise ok!PIHAK ORGENISEEEE!!! anda pihak orgenise?? saya rasa anda tidak faham apa yang saya catitkan..sungguh bodoh sekali lagi!

anda terasa jika saya berkata begitu? anda cherry?? saya rasa jika saya bertanya kepada cherry tentu dia tergelak lalu blanja saya minum.. btw saya mengenali cherry sebelum nama pekthong digunakan dan dia adalah sahabat saya merangkap idola..berbalik kepada ayat yang telah buat anda terasa..cherry dibayar? itu adalah ayat pertanyaan ok! (untuk kita berfikir..tiada kena mengena dengan memburukkan sesiap)..boleh saja rantai sudah ada sponser lalu mereka telah mengurangkan booth yang ada(dah mengurangkan pengunjung dan jual beli disana) dan lain-lain lagi yang boleh memeriahkan event tersebut mereka terikat dengan pihak sponser yang sedia ada..itu saja..itu yang saya maksudkan lahanat!! yang anda nak terasa macam dubok kelaparan kenapa?? ada saya kesah anda seorang designer??anda tidak malu mengaku anda seorang desinger?anda hebat! teruskan niat suci anda..saya ingin bertanya kepada anda..anda pernah gantung artwork anda di rantai? anda pergi ke rantai setiap tahun? apa yang anda dapat? anda tidak nampak bezanya rantai setiap tahun?

saya hanya meluahkan apa yang saya rasa..saya tidak perlu komen yang bangsat.. pasal luahan dan komen tidak sama sesama sekali.. saya luahkan pasal itu adalah saya.. jangan jadi khinzir bertopeng kucing.. mengiakan keseronokan yang tidak seronok.. jadilah diri sendiri.. bodoh!!

anda panas??pegi mampos dengan dengan anda..sudah terasa pedas?? lagi saya suka.. terbuka sedikit minda pukimak anda.. jangan pikir anda punya panas..orang lain?? fuck off!! oiyoi! saya mahu ingatkan anda lagi..kebodohan anda hanya pada pembacaan anda yang terburu buru..

p/s: saya pernah menggantung artwork saya dirantai dan menjual baju disana..saya waras apa yang saya tuliskan.

Tuesday, December 16, 2008

1 tag oleh soalan sha


1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
nah! ni gambar lucah ako untuk santapan korang..

2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.
ako nampak cam alien ke?dah ako begitu..

3) Post that picture with NO editing
haha..cube la blasah ako..ako nak edit gak..

4) Post these instruction with your picture.
aaa? ako tapaham soalan.

5) Tag 10 people to do this
sesape je lah yang terase nak buat..

fahaman muzik berhaluan kiri

fahaman muzik berhaluan kiri?
tak dinafikan ada mereka yang meminati melodinya..dan ada juga yang memuja liriknya..mengikut firasat saya..melodi dan lirik tiada kena mengena..disebabkan apa? ini mungkin telinga saya mengalami satu fenomena gangguan ketumbuhan yang bijaksana..saya tak menilai muzik walaupan melodinya tunggang langgang dan saya menganggung kan lirik walaupun melodinya tunggang-langgang..oleh itu saya tak kesah walaupon melodinya semacam tidak diterima akal eleman yang dimasukan tetapi liriknya puitis dan syahdu..sudah paham?
maaf jika tersinggung..mungkin saya bodoh jika saya berkata muzik dari seberang telalu ringkas dan senang..dengan lirik yang cantik dan indah..tapi masih tidak dapat menarik telinga saya untuk duduk sambil makan diradio..mereka semua kata saya layan muzik indon?hanya dengan mendengar 4,5 lagu?(superman is dead + the upstairs) itu boleh dikira saya melayan?..saya hanya mendengar dari telinga kanan dan keluar telinga kiri..oleh itu senangsentiasa saya masih berkata muzik indon hampeh! saya masih bersalah? saya poser? dan senangsentiasa saya berkata saya bukan manusia indie..haha
beza antara muzik malaysia dan indonesia? dulu-dulu semasa zaman wings dan search mereka telalu hebat di indonesia..boleh saya katakan muzik malaysia menjadi ikutkan mereka disana.. masa kini tidak sama dengan yang dulu..dulu slank(saya tak penah dengar pun), mereka mengidolakan diri mereka daripada muzik search..tapi sekarang dunia sudah terbalik..dan saya masih poyo..haha pasal apa? mungkin pasal apa yang ada di indonesia semua sama sahaja..kita serumpun walaupun berlainan pegangan..cuma muzik disana bersih..disini lebih kotor..kenapa mereka masih dapat masuk dalam arus muzik malaysia? mata kita masih tidak nampak apa yang ada ditanah air sendiri..orgenaise masih kaya raya..haha
penah saya terbaca dari petikan majalah muzik malaysia yang mengatakan muzik kita telah diambil pada zaman negara kita dijajah lagi..anda sedia maklum siapa yang telah menjajah siapa bukan? penjajah pada zaman itu, mereka telah membawa muzik kita ke negara mereka..dan jangan terperanjat ada band band besar di luar mempunyai melodi gazal,caklempong dan sebagainya..oleh itu anda sukakan yang mana?oleh itu jangan salah kan saya jika band atau muzik yang mereka gemari dicemari oleh kata kata dari saya..dan disini saya tidak juga akan cakap muzik u.s atau u.k telalu hebat!..cuma saya nak anda fikirkan sejenak tentang muzik kita disini dari a hingga z.."cubalah mendengar muzik secara ikhlas didalam hati" dan bukan kerana disuruh atau mengikut rakan-rakan mendengar muzik itu..salamuafakat dari saya
p/s: sesungguhnya mendendangkan muzik dari tali atau dipetik adalah dilarang mengikut ajaran islam ;)

Sunday, December 14, 2008

rantai art event2008

















ikhlas dari hati..
mendukacitakan! hambar! tiada apa²!..ikhlas dari tapisan ayat² saya..oleh itu apa yang saya nampak?! hanya la kelibat yang telah dipilih kasih atau diajak secara paksaan..kenapa? diceritakan tentang booth yang ada sudah menggambarkannya..hanya dipilih sebanyak 10 buah booth sahaja? mereka tidak mahu untung? ya! mereka sudah ada sponser..haha tidak sama dengan tahun 2006 dahulu..mereka berjuang dengan titik peluh sendiri..tapi kini..kankang sahaja sudah dapat sponser..siapa mahu kesah?haha (booyod ada antar potfolio! tapi takdapat join) pasal apa? hanya tuhan sahaja yang tahu..diceritakan pula pasal artwork yang tergantung indah didinding..saya akui memang mengilhamkan tapi macam ada serba tak kena? kemane mengghilang artwork sue anna joe?kuku besi? dan yang lain lain lagi..hanya satu nama gah yang tergantung cherry aka pekthong..adakah dia secara dijemput kerana dibayar?atau dia membayar cukai? cuma terdetik kepala otak saya memikirkan..saya tulis bukan marah! tapi saya seorang yang bermasalah dengan benda sebegini..dulu tidak bergini..dan begini tadik macam dulu..orang selalu becakap petama kali kalau salah tidak mengapa tapi kali kedua mesti ada perubahan..ini apa yang saya nampak sebaliknya..pertama kali mendatangkan memori dari kali kedua..ada sependapat?atau tidak? ada saya kesah? saya huraikan dengan mengikut kepuasan hati saya..harap faham dengan ini saya selitkan gambarajah yang hanya dipostkan disini saja..
p/s: lepas ni pikir 3 4 kali jika ada event rantai dimasa depan..














Friday, December 12, 2008

saya manual

buat kerja dari bawah..
cukup bengap jika ditengah-tengah..
bila semua orang tahu,maka saya kurang tahu..
sudah cukup buat saya malas untuk bangun dari tido..
jadual harus dibuat sebelum bulan mengambil posisi..
saya manual
makan saja bukan untuk daging..
saya lapar anda pasti nampak..
jika tidak! tolong berikan sesuatu untuk kenyang..
jika tidak! tolong larikan diri..
saya lapar saya tahu..mereka pun begitu..
saya manual
serius itu normal..kerja mesti jalan,
mati itu pasti..neraka surga hanya tuhan yang tahu..
tegedik gedik kadang kala buat saya marah..
bila nampak? mereka semua tunduk diam..
ya mereka buat saya menyampah..
saya manual
saya tangkap untuk keindahan,
luahan mata bawak ke hati,
saya tidak menipu, saya tidak bercakap..
perdulikan mereka berkata..
jangan sampai saya bersuara..
saya manual
kita cinta kerana genetik dan hukum sendiri..
hidup ini macam begitu..
mudah jatuh cinta susah nak berkata..
ah! biarkan saja..saya bukan mahu jadi orang lain..
saya bercinta dengan dia..
saya terus manual..

Thursday, December 04, 2008

teka-teki

siapa yang menjumpai dompet itu sila?..apa?apa?

output dari lens nikkor 50mm 1:1.8D






inilahasilnya




Tuesday, December 02, 2008

apa yg mereka kata?

bang!ada jual pendrive 8 gig tak?
aaaa??kedai sebelah takde ke?
ooo..tadaa
bang!cammane nak save?
nah!pegi kat public server sane..sini je dik..
ok..
bang!nak tuka pc bleh?
pc brapa?
18 ke 8..
madd..ko balik tak banjer ke?
takdo lak bang!..tanah runtuh ado la..4 tempat..
bang!pc 1 open..
haa..
pc brape dik?
12..
nama?
bla bla(saya ilang ingatan)
bang!nak print boleh?
leh..meh

p/s: jika saya boleh record apa yang saya cakap tiap masa

Sunday, November 30, 2008

lens dan demb flash

demb flash


lens nikkor 50mm 1:1.8D


lens dan demb flash
ini lah lens tebaru yang saya beli tapi tidak baru second hand..dijual oleh seorang sahabat (pantim) jadi disebabkan murah gilee khinzir punye pokemon saya pon amek la..dia bukak harga sebanyak RM380 untuk lens dan demb flash..kire murah la tu beb! nak murah lagi? buat le sendiri..haha jadi, saya belum lagi mencubanya..cuma amek test gitu gitu saja..dan akan saya uploadkan gambar yang sebenarnya..selepas ini saya mahu membeli wide angle pulaa..sesiapa ada!mahu!tahu untuk menjual lens wide angle dekat saya..tolong la info saya..saya amat memerlukan..

Friday, November 28, 2008

lawak indie

kiri = tini@ninie kanan = faqihah@kak keyah

mengikut cerita dari sumber yang dipercayai (abang ipar saya)..
dua kanak kanak wanita diatas adalah anak buah saya..seorang bernama tini dan seorang lagi anak buah kesayangan saya bernama faqihah..nak dimulakan cerita mereka sudah bersekolah di tadik berdekatan rumah..jadi,rutin harian pada pagi mereka menaiki bas(van) sekolah untuk ke sekolah dan balik ayah mereka menjemputnya pulang..dan pada hari berkenaan sesudah tamat waktu persekolahan mereka pun pulang ke rumah menaiki bas(van)sekolah..pelik!pelikan? kerana sepatut ayah nya yang menjemput..dan pada hari itu, mungkin kawan kawannya ajak sekali menaiki bas(van) tersebut..dek kerana leke dengan kawan kawan mungkin mereka slumber yaya balik bersama..sesudah itu ayahnya pon pergi ke tadika berkenaan untuk menjemput mereka pulang..apabila tecari cari..mereka tiada ditadika..puas mencari..dan ayahnya terus pulang kerumah..dan sampainya dirumah..ayahnya pelik kenapa pintu tak berkunci pada masa itu..selalunya dikunci..mungkin kaklong saya terlupa..dan terus masuk kedalam rumah..
alangkah terkejutnya mereka berdua ada dirumah..haha lalu mereka menceritakan hal sebenar..mereka telah masok melalui celah grill..grill tu memang besar utk dimasuk oleh kanak kanak..saya ketawaaa..selamat muat..dan selamat juga pintu rumah pada masa itu tak berkunci..hanya grill saja berkunci..dan bagaimana mereka sampai kerumah..si faqihah tahu jalan pulang..amin..dan dek kerana kelaparan dirumah mereka telah makan gula pasir untuk terus idup..wakakakakakk wakakakakak..saya bantai gelak guling gulingg..itu belum lagi dengar dorang yang cerita..pasti saya muntah geli hati mendengarnya..oleh yang demikian..kanak kanak memang pandai sejak azali..cuma kita perlu mengasahnye saja..

Wednesday, November 26, 2008

lawan arus

lawan arus itu ini,
mari berfikir luar jangkaan..
kita hanyut kali ke 8!
selagi bernyawa.
anak anak akan bersuara.
lawan arus propagenda,
sana sini,tembak dan bom.
yahudi senangtiasa hati gembira..
tanah pakistan makin terhakis.
kita semua tidak muafakat.
lawan arus global,
lumba potong sana sini,
tebang sana sini,
orang kaya gelak besar,
orang asli jual tanah.
lawan arus tulisan,
cerita tentang artis,
minda cetek jual publisiti,
orang ramai ikut buta tuli.
lawan arus lagi,
berkarya ikut napsu.
ikot pasaran antarabangsa.
bahasa sendiri tunggang langgang.
lawan arus kuasa orang ramai,
satu dua tiga kene ikot rasa,
minyak mentah jatuh lagi.
harga barang stabil diawan.
lawan arus medan perdana,
kita nampak kita senyap..
kita rasa kita tuli.
sudah berubah baru tahu.
lawan arus saya suka,
hati batu saya tidak menipu.
mereka sudah datang,
saya tak gentar..
p/s:saya hanya berlawak

Monday, November 24, 2008

manjalara

manjalara
sedih pilu,hanyut dan sakit.
indah durjana,saki baki.
otak tepu, malam semalam.
kiri,kanan,depan dan belakang.

hiburkan saya si manjalara!
hiburkan saya dewa durjana!

mari kutip kenangan hilang,
mungkin semalam lebih cerah.
tidak mengapa,
terus bergini,
kelak nnt,
hidup bererti,

hiburkan saya si manjalara!
hiburkan saya dewa durjana!
p/s: kadang kadang saya suka bersendirian dan kadang kadang saya suka dihiburkan

lelaki lembut

lelaki lembut
sungguh peramah
gaya lenggok
kalahkan wanita

lelaki lembut
ayu sahaja
tutur bahasa
kalahkan wanita

leka siapa sangka?
hidup perlu berilmu
hati siapa sangka?
matii..

lelaki lembut
sungguh peramah
gaya dan lenggok
kalahkan wanita

lelaki lembut
ayu sahaja
tutur bahasa
kalahkan wanita
p/s: ponda buat saya geli

Saturday, November 22, 2008

bahasa melambangkan adat

1. eden , den esei = saya
2. ekau , enko = kau
3. korang = kamu semua
4. dio = dia
5. sodap = sedap
6. menggolotar = menggeletar
7. menggelintin = lari lintang pukang
8. omak = emak
9. kona = kenal
10. lombu = lembu
11. oghang = orang
12. gilo = gila
13. osah = usah
14. toghok = teruk
15. kono = kene
16. jang , bai = anak lelaki , lelaki
17. daro = perempuan
18. kuar = keluar
19. poning = pening
20. miang = gatal
21. tolo = telur
22. bobal = bebal
23. poie = pergi
24. pasa = pasar
25. kito = kita
26. sorang = serang atau seorang (mengikut ayat)
27. nogori = negeri
28. sobolom = sebelum
29. solopeh = selepas
30. solosai = selesai
P/s: ada lagi banyak!..kalo anda semua mahu saya buat ayat..mari kasi satu ayat untuk saya tukarkan dalam bahasa negeri.

Tuesday, November 18, 2008

the let's pogo
ini gambarajah zaman kesultanan kehancuran saya..haha tahun 1999 maaa...

rembau

keGILAan Radio


Rembau
saya memandu dijalan raya sambil mencari kunci rumah yang telah hilang,
saya berjalan sambil mengakui kebodohan sendiri,
ianya betul selepas menyelidik maung,minyak dan tulang.
berhenti seketika di supermarket dan mereka kata saya macam anjing.
saya mahu ke rembau,
saya mesti berada dirembau.
sekarang saya tahu hidup ini berharga,
saya menjumpai kunci tetapi mencari pintu untuk dibuka,
seseorang yang pelik telah menuntut menjadi bapa kerana merogol anaknya,
saya mencari isteriku dan menelefon polis,
hari ini masih belum selesai.
perkabaran terakhir saya mendengar orang itu membunuh diri dengan senapang gajah.
p/s:kisah mimpi

Sunday, November 16, 2008

muzik saya!

setiap manusia ada muzik band atau penyanyi yang mereka gemari..nah! disini saya listkan muzik yang tidak akan atau akan saya dengar dari mula saya tahu apa itu muzik..

-nirvana (semua album)
-pearl jam (semua album)
-sebadoh
-joy divison
-butterfingers (semua album)
-chaos u.k
-ramones (semua album)
-modest mouse (semua album)
-radiohead (semua album)
-bloc party (semua album)
-mudhoney
-the libertines
-j mascis

sumpahan orang minyak!

orang minyak

sinopsis = asalnya sibongkok lakonan p.ramlee adalah seorang artis lukisan yang telah dipulaukan oleh penduduk kampung tualang tiga sehingga membuatkan penghulu bunian tampil menyelamatkan dia..oleh itu dia diberi beberapa pilihan yang akhirnya dia telah meminta untuk menjadi cantik..dan dalam perjanjiannya dia tidak boleh bongkak dan membunuh manusia lain..oleh itu pilihan lain dia tidak boleh memiliki sehingga dia kembali ke kampung tualang tiga..selepas kembali nya ke kampung tualang tiga..dia hendak membawa lari anak gadis bekas ketua kampung..dan dari situ telah berlakunya pergaduhan dan akhirnya dia telah membunuh seorang pemuda kampung..akibatnya, penghulu bunia kembali untuk mengambil balik kecantikan si bongkok..dan akibat dari pembunuhan itu..si bongkok tidak lagi dapat menunjukan wajah nya cantik..maka datang pula syaitan menghasut si bongkok..syaitan telah menjanjikan kuasa yang kekal abadi..dan dari situ dia telah menjadi orang minyak..akhir cerita si bongkok telah mati dibunuh oleh penghulu bunian..

p/s: sejak kebelakangan ini saya asik menonton cerita dari pelakun p.ramlee..bukan ape..dah tade cite yang menarik..dan apa saya dapat dari cerita orang minyak ini..skripnya sungguh indah penuh dengan pro dan contra setiap ayat..kiasan yang mendalam..dan buat ako rasa..ini la filem yang sangat ako suka bila ako menonton nya..bukan kerana jalan cerita orang minyak..tetapi skrip nya yang sangat baguss..kalau korang tak caye..pegi la tengok..perghhhh.. mendalam maksudnya..

KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1973-1983.. MESTI KORANG INGAT NI

keGILAan Radio
Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban. - mana kesatria baja hitam?
Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan .. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...
ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.
ni sure korang ingat...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...
cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan... kan ?
semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin. - aku pi sekolah sehari bwk 50 sen dpt mee goreng 20sen air 10sen. bleh simpan lagi 20sen..
time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM2000, BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...
internet? email? Menda alah ape tu?
CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 3 inggit je.
kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.
tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...
lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.
lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...
permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2duduk... - galah panjang? bola debik/chop?
kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!
lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.
hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...
bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam .
AIDS wujud sejak diorg lahir.
CD pun wujud time diorg lahir.
Michael Jackson dah putih dah time tu.
Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.
Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.
Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.
Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.
dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...
hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:
1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

Friday, November 14, 2008

halwa telinga

sekarang ini saya mendengar band..

1.architecture in helsinki
2.radiohead (sentiasa)
3.tom yorke (erase)
4.johnny(greenwood)
5.pearl jam
6.sebadoh
7.butterfingers(kembali)
8.bloc party
9.nirvana(haha..tak mati diluput zaman)
10.playradioplay

edisi mencari pekerja

keGILAan Radio
oleh itu! usul kali ini saya ingin mencari pekerja yang mahir dalam komputer atau suam suam saja..ini disebabkan tahun depan saya diberi tugas untuk memikul lab ini..kira naik pangkat..akan tetapi dalam peringkat perbincangan lagi..so diharap sesape yang berminat sila tampil kedepan..untuk pengetahuan ramai..lab ini berada didalam matrikulasi kuala pilah..agak corok..haha..korang kene tinggal disini la..carik umah sewe..hehe
dan untuk info selanjutnya nanti saya akan keluarkan dikemudian hari! dead__

penembak malaysia

penembak malaysia
sepatutnya 30ekor tembak rusa jantan,
12 terlepas yang lain kena,
penembak malaysia.
oleh itu,
jatuhkan lagi 2 juta tan,
bom memberi kesan keatas ho chi minh,
hilangnya hutan,
kita semua tahu,
peperangan di malaysia kita semua tahu,
malaysia tanah tumpah darah ku,
mereka hamba kuasa ramai,
johor,sabah,k.lumpur semua kemari.
nah!saya tidak akan dengar sebab saya pernah ditipu,
saya ada ramai musuh dan masih lagi memandang rendah.
misi yang hebat meletakan saya disebelah kamu,
didalam kawasan mu,
ianya hidup didalam diri mu.
manusia bijak pandai pernah memberitahu,
manusia memang pelik,
dan saya pelik didalam tanah tumpah ku sendiri,
hari-hari pelik,
dan saya suka didalam kumpulan,
duduk didalam barisan 38 ke 40.

Wednesday, November 12, 2008

bunyi cinta.

bunyi cinta.

boleh kau percaya bila saya bertanya!
"kau adalah permaisuri dihatiku"
jangan terpedaya bila saya sakitkan lagi hati mu,
itu bukan yang saya maksudkan.

boleh kau rasa bunyi cinta dari saya?
saya nampak kritikal.
p/s: khas buat imi

ipoh yang rare






















keGILAan Radio
lagi lagi gambar sila masuk ke fotopage saya..dead__

cerita di IPOH

arep , jey dan sha


arep dan kak lina


arep dan ninie


arep , ninie , sha , kecik dan jay



jey, sha dan kecik







pada 8 dan 9 haribulan sebelas belepasnya saya dan rakan² ke ipoh.motif utaman adalah untuk mengambil gambar.dan ini adalah sebahagian hasil mereka² yang pergi ke ipoh.nnt ako post entry untuk gambar yang berart sket(den tak pawa)..haha..so terimakasih kat arep dan ninie sudi membawa kami pergi ke merata tempat sekitar ipoh..ipoh sungguh rare..dan saya agak tekelu sedikit disebabkan tidak membawa fisheye2 kerana ada yang meminjam apatah lagi supersampler yang telah rosak....oleh itu saya pon agak malas nak ulas lebih lanjut..lain lain gambar saya telah upload di fotopage..pergi lihat disana..












Monday, November 10, 2008

lenyek dan tembak!

lenyek dan tembak

pukul saya!pukul saya!
pukul saya!ohh..
saya ada racun!saya ada racun sekarang!
saya berdiri didalam dewan,
untuk kesenangan hidup mu.

dentuman pukulan yang kuat,
manusia tak cukup untuk membayarnya.
?????

apa sahaja yang buat kamu sedar,
apa sahaja yang buat kamu mati,
ketua polis mengganti menteri,
???
kamu menari untuk buku merahku.

saya ada racun!
racun! dan saya mahu lagi!
jemput kamu menaiki kereta baja.
mereka akan melempar batu kearah kita,
merenung kearah cahaya.

pramid ada kuasa,
jika kamu berada diatas.
????
jika kamu merenung kearah kegelapan,
kegelapan akan merenung kamu kembali,
kedalam hati kamu.

saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kamu.
terima kasih! terima kasih kamu semua!
mendapat kegembiran bersama anda.
masa yang gembira,
masih cukup gembira?

saya akan bawa kamu!
bawa kamu!jika saya jatuh!
saya akan bawa kamu!
berdiri bersama didalam dewan,
lalu menyepak dinding bersama-sama.

Friday, October 31, 2008

gangguan emosi..

keGILAan Radio

maap jika sesiapa terasa, saya terasa ada seorang dua yang terasa.. hari ini saya berhadapan dengan gangguan emosi jiwa radio tegendala..ini disebabkan gusi disebelah kanan saya membengkak dengan jitunya dan terus menangkap kepala otak yang sedang teringin berhibernasi.. maap dipintaa..
saya tahu saya bersalah dan turut membawa mereka juga bersalah..haha i'am bad bad asshole.. maap bukan sesekali saya mengiyakan apa yang mereka kata..cuma saya saja melayan kepala otak yang sedang darurat.. harap bersabar..
mungkin kesakitan ini dapat menghapuskan dosa dosa saya dan terus melakar cerita yang kurang enak pada meraka yang rapat dengan saya..

badan rebutan

saya tidak faham!
apa bendanya yang saya telah saya buat salah.
banyak dorongan.
membuatkan mata ku buta.
satu untuk ya!
dua untuk tidak!
saya tiada idea apa yang saya cakapkan..
badan terjerat dan saya tidak dapat keluar.
buat bising,
balik ke rumah.
dengan kesanggupan,
muka pucat tiruan.
saya tiada idea apa yang kamu cakapkan.
mulutmu sentiasa bercakap dengan seseorang.
adakah cahaya hilang dihati mu?
mungkin cahaya hilang disebabkan saya.
ini adalah abad ke 21!
ini adalah abad ke 21!
ia boleh mengikuti kemana saja kamu semacam anjing..
bau semakin dekat dengan hidung ku,
mereka memasukkan saya dalam kekaburan,
semua penipuan mengelilingi muka ku.
dan sesiapa yang ingin melihat?
saya dapat hidup..
p/s: hanya menaip

Wednesday, October 29, 2008

hari ini!

keGILAan Radio

takala mendung je arini..tak sama dengan hari semalam..dipagi hari panas bahang..tapi hari ini seperti mahu hujan (bukan "hujan" pagi yg gelap tu!)khakk tuiii!!..dan disebabkan hari ini turn den bekerja..dengan senangtiasa hati den pergi bekerja..entah la kenapa? den dah semakin suka bekerja pada masa ini..mungkin den bosan dirumah, mungkin hormon den berkata nak keje! nak keje! bla bla..atau mungkin juga aweks aweks matriks gagah menggiurkan..haha yang pastinya den bosan dirumah..tiada apa nak dilakukan, petik channel cerita yang sama(channel Hbo sudah dipotong).jika di ikutkan mahu je den keje hari-hari, tapi entah laa..ini adalah jadual yg diberi bos den..
kadang-kadang den juga terfikir "beginikan mungkin den untuk selamanya"..ia buat den semacam gusar+bebal+happy..tapi orang lain? secara jujur den suka dengan kerja den sekarang..tapi orang lain? perlu den amek tahu? dan pada masa yang sama juga den berfikir boleh selamat ke dengan pekerjaan ni? hanya ALLAH swt yang tahu..tapi kerja ini tidak buat kamu semua kelang kabut..tidak perlu pakai kemeja kemas..tidak perlu letak minyak dikepala..dan tidak perlu nak bodek bodek.. mungkin disebabkan umur den yang semakin meningkat..haha
Hari ini bukan untuk semua untuk rakan-rakan keluar berhibur..dalam kontek lain..hari ini untuk cari rezeki mendatang.. situasi telah berubah 5 tahun yang lepas..tapi tidak salah kalau kita mencuri peluang untuk rakan-rakan keluar berhibur untuk menghilangkan tekanan yang ada..harap mereka paham keadaan den sekarang ini..
bebalik keadaan hari ini..banyak persoalan yang ada dalam hati den..dan apa yang den ada hari ini lebih baik dari semalam..buat masa ini kerja den selamat untuk den hari ini..

Monday, October 27, 2008

wartawan hiburan?




keGILAan Radio
terdetik den mahu menghembuskan kata kata diruang ini yang bertajuk "wartawan hiburan".. anda perlu?saya perlu? mereka perlu?..mungkin ya mungkin tidak..ya kepada mereka yang mahu publisiti murahan, tidak yang sebaliknya..so rasa marah pon ada..rasa terkilan pon ada..tapi rasa marah den lagi kuat dari semuanya.. tuttt you!! kepada rancangan melodi disebalik review yang telah dibuat untuk band tanahair tercinta iaitu Butterfingers..fuck lalalala..

mungkin hati den sedikit terguris oleh apa yang telah direview kan..mengatakan "apa punya jawapan? lain ditanya lain dijawab" oleh pihak melodi..yang lebih menyakitkan hati suara hos disebalik tabir..mungkin dorang tidak faham apa yang diperkatakan atau pon inilah wartawan terbodoh dalam alam ini..setidak tidak nya mereka perlu study apa yang butterfingers keluarkan?apa yang mereka main kan?apa fahaman yang digunakan?..ini tidak! mereka suka dengan gaya terjah yang bodoh! so para wartawan buka la fikiran anda semua..ini adalah band malaysia dan bukan indonesia..ini bukan samsons!bukan peterpan!
mungkin mereka meraka ini telah cemburu dengan apa yang butterfingers ada?atau pon telah terasa pedih disebalik jalan cerita yang mereka buat didalam album mereka..haha "wartawan hiburan hampeh"jika tidak faham..jangan direview band seperti ini..mereka tak perlukan wartawan, mereka boleh hidop tanpa wartawan..so selepas ini anda boleh la banggakan dengan band indon yang teramat bersih..



masok disini http://www.youtube.com/watch?v=Qp4QOADYneg

Menyusun Gambar Ditempatnya

Macam kamu memegang tangan ku,
Macam kamu meminta nombor talifon ku,
Macam kamu minum dengan selamat,
Macam mereka memainkan lagu kegemaranmu,
bagai hari mendungmu hilang,
tiada lagi kecederaan bagaikan berpusing,
sebelum kamu merasakannya,
mari fokus kembali.

dinding yang tinggi membuat tidak bersemangat,
seperti deria kucing yang kuat,
semua kabur menjadi satu perasaan,
tempat ini dalam matlamat,
sebelum burung hantu keluar dari sarang,
sebelum deria haiwan menjelma,
tukar dan dekatkan kamera,
sebelum rasa mengantuk.

sebelum kau lari jauh dari ku,
sebelum kau tidak dapat berkata apa²,
denyutan berpusing-pusing,
detik itu berpusing-pusing,
saya memang tiada disitu,
saya hanya mengajukan apa yang telah saya lalui.

apa adanya dari perkataan,
ayat gergaji

kemari!dan lepas kan ku.
kemari!dan lepas kan ku.

Menyusun Gambar Ditempatnya,
tiada apa yang nak diterangkan,
mata kita menggambarkan segala nya,
dia memandang mu,
kau memandangnya,
bukan nya sekali,
bukan nya dua kali,
moga tiada malapetaka datang lagi
dan kau ada cahaya yang datang dari belakang.

Saturday, October 25, 2008

taiping





keGILAan Radio
tanggal 18hb 2008..maka beralih la perjalanan den ke taiping..bukan pasal melancong,bukan pasal kerja..cuma pergi ke majlis perkahwinan akak kuyau..so disebabkan apai nak save kos perjalanan, maka dia pun mengajak den sekali..kete den lagi save minyak..haha..so bertolak nya kami pada pukul 9.00 then sampai di taiping dlm kol 1.30ptg, makan makan pastu tros gerak ke simpang pulai..berhenti sebentar di kelly castle untuk mengisi masa lapang..beng!beng! ini la hasilnya..dapat la gak shoot gambar sebarang dua tiga.. so pic ini ako tak upload di fotopages..ini saja buat masa ini..dead____