Friday, August 24, 2007

fobia seorang abah

17 hb 8 2007.

tarikh keramat seorang abah. fobia untuk memandu kereta. moga-moga dia cepat sembuh. pengamatan ako sebagai seorang anak. memang nampak ketidaknormalannya selepas kemalangan tu. banyak temenung, kurang becakap, lost control dan lain-lain lagi. mungkin dia masih teringatkan kejadian tu lagi. sape haru dipersalahkan? pemandu jeep askar? abah? atau mat rempit? abah juga kene saman. abah juga kene bayar duit rawatan mangsa tu. ako pikir? bukan salah abah. sapa soh bawak laju? sapa suroh bawak motor telalu rapat?. keje polis senang. ikot lorong mana yang betul. sah abah salah lorong. tapi separuh van abah dah masuk ke jalan rumah. siapa yang salah? tapi ada satu benda yang ako tak bersuara kat abah. ako jumpe ubat batuk mat rempit tu kat atas jalan. sah memang sah. bukan ako saja yang tahu. ako ada saksi. tapi ako senyap. biarlah. janji dia dah rase jalan raya depan umah ako. seronok? pandu la dengan berhati-hati. nak laju-laju pegi mana? destinasi kau tetap didalam malaysia. jangan jadi gelabah bomba ketika memandu.